Saturday, February 28, 2009

Mata Hati...... Renungkan lagi

Singgah di blog seorang teman maya.... mulan. Aku memetik kisah ini dari blognya.


Tuesday, January 27, 2009

Mahalnya sebuah kemaafan....

Kisah dibawah saya petik dari blog Lily Haslina Nasir.
Kisah yang sangat menghayat hati.Alangkah bagusnya jika kita sentiasa redha atas ketentuan tuhan.Selepas membaca cerita ini marilah kita berfikir sejenak...erti sebuah kemaafan.

Maghrib itu saya baru saja sampai di pagar rumah. Pulang dari pejabat saya harus berkejar utk menghadap anak-anak jiran yg belajar di rumah saya. Waktu itu dalam kepala cuma fikir nak cepat siapkan hidangan makan malam dan bersolat. Suami dapat panggilan telefon. Agak lama dia berbual dan mukanya serius.
"Pak Cik Ali meninggal dunia."

"Hah?! Innallillah..." Saya macam termangu-mangu sekejap. Janji ALLAH memang tak akan cepat sesaat tidak juga lewat barang seminit. Tapi, setahu kami pak Ali tak pernah sakit. Sentiasa sihat dan rajin berkebun.

Saya terbayang isteri pak cik Ali yg saya kenal sejak saya kecil. Baik, lembut dan amat cekap memasak. Saya terkenang kisah zmn saya masih di bangku sekolah. Saya selalu rasa kagum, cemburu dan dalam hati selalu menyebut, "Beruntungnya keluarga dan anak-anak pak cik Ali !"

Petang-petang pak cik Ali akan lepak, bergurau sambil memetik dan makan jambu air di bawah pangkin depan rumah. Di mata kasar saya, itulah keluarga ideal! Saya dan adik-adik selalu envy dengan pak cik Ali. Dan, kami katakan bertuahnya mak cik Yam dpt suami begitu. Beruntung anak-anak dapat abah yg penyayang. Sementelah laluan hidup kami sewaktu kecil penuh kerikil dan air mata.

Tapi kuasa dan rencana ALLAH melebih segala-galanya. Apa yg kita ada hari ini, tak akan kekal sampai bila-bila. Kalau ALLAH mengkehendaki ia berubah, maka berubahlah ia. Apa yg saya tahu pak cik Ali bernikah lagi pada awal tahun lalu. Segala-galanya hanya diketahui Mak Cik Yam kira-kira dua bulan sebelum Pak Cik Ali meninggal dunia.

Khabarnya Mak Cik Yam memang patah hati bila tahu Pak Cik Ali menikahi janda berusia 63 tahun yang sebaya Mak Cik Yam. Sepanjang tempoh itu, Mak Cik Yam bawa diri dan duduk bersama anak-anak. Saya tak mahu pertikaikan jodoh baru Pak Cik Ali. Itu sudah tersurat. Segala yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin ALLAH. Tapi saya tumpang sedih bila Pak Cik Ali tiba-tiba admitted dan disahkan menghidap brain tumor.

Semuanya berlaku terlalu pantas. Sehari selepas disahkan ada brain tumor, pak cik Ali diusung ke ICU dan esoknya meninggal dunia. Anak yg sekadar dua orang tidak sempat menghilangkan marah di hati. Luka perasaan Mak Yam saya rasa berganda-ganda. Setelah dua bulan berpisah dik membawa hati, Mak Yam benar-benar hilang Pak Cik Ali.

Ya ALLAH, saya yg kenal mereka sejak kecil rasa terkilan dgn segala yg terjadi. Satu keluarga bahagia berpisah dunia akhirat dengan penyudah yg begini. Masing-masing ada rasa sebal, terkilan dan sayu yg tak terkata. Lebih menguji lagi bila anak perempuan Pak ALi yg paling marah dan tidak mahu maafkan abahnya yg bernikah lagi, tidak dapat pulang waktu hari kematian itu. Seluruh keluarga menghidap denggi.

Besarnya dugaan! Saya fikir ALLAH memberi apa yg kita pinta biarpun di dalam hati. Saya tahu anak perempuannya itu memang teramat 'benci' dan 'tidak mahu pandang' lagi muka abahnya sebelum ini dik abahnya bernikah lagi. Maha Besar ALLAH, sehinggalah di saat abahnya meninggalkan dunia fana ini, ALLAH 'mengkabulkan' permintaannya itu.

Byk benda yg buat saya terfikir. Saya terbayang betapa hancurnya hati Mak Yam. Saya terkenang betapa terkilannya hati seorang anak perempuan yg tak boleh menghadap jenazah abahnya. Saya tertanya-tanya mengapalah kebahagiaan itu tak boleh kekal dan jadi milik seseorang sehingga sudah... ya ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENGETAHUI


Kisah ini turut menyentuh hatiku.

Aku pernah mengharapkan kemaafan dari seseorang buat insan yg amat aku sayangi. Namun dia pergi terlalu cepat, tak terduga. Setelah itu Syawal tiba dan aku sekali lagi menghulurkan harapan kemaafan kepada insan yg sama namun tetap tiada balasan.

Benarkah begitu dingin dan keras hatinya. Betapa sebuah pemergian masih belum cukupkah untuk membangkitkan rasa keinsafan?

Usia hanya pinjaman. Keluarga, saudara dan harta benda hanya titipan. Namun bagaimana kamu 'melayani' semua itu; sama ada dengan kebaikan atau sebaliknya? Itulah yg akan menjadi ukuran di hari kemudian.

Moga Dia memeliharaku. Moga Dia memelihara kita hamba-hambanya dari dizalimi dan menzalimi. Amin Ya Rabb.


.




No comments: