Thursday, April 30, 2009
Ingatan Nan Abadi
Hari ini tentunya menggamit ingatanku pada arwah ayahanda tercinta lebih dari selalunya. Hari ini kami mengadakan bacaan Yasin dan tahlil buatnya kerana empat hari yang lalu telah sempurnalah urusan meletakkan nesan di pusara ayah. Alhamdulillah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amiin.
Kasihmu tak mungkin berganti
Hadirmu tetap dirindui
Ingatan buatmu kekal abadi...
.
Sunday, April 12, 2009
Hikmah....... 1
Tengahari semalam rumahku didatangi dua orang pegawai dari Jabatan Kesihatan. Mereka menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah lanjutan dari kes denggi yg makin kerap di kawasan kami. Kali ini, operasi besar-besaran semburan gas penghapus nyamuk melibatkan kawasan kami dan dua buah kawasan kejiranan bersebelahan.
Aku paling sensitif dgn semburan macam ni. Lebih² lagi aku athmatic. Jadi, terpaksalah aku 'bawa diri' ke mana² yg lebih 'selamat'. Mula² memang dah rancang nak menumpang 'bernafas' di rumah adik utk beberapa jam tapi tak jadi sebab rumah dia pun turut tersenarai. Terpaksalah kami beralih arah ke rumah pakcik aku di pekan sebelah. An unexpected change of plans and a surprised visit.
Aku tak ingat bila kali terakhir aku bertandang ke rumahnya. Walau pun berdekatan dan favorite visit aku setiap kali raya. Raya lepas memang sah aku tak pergi. Masa dan keadaan tak mengizinkan. Mood juga layu sebab masa tu kami baru kehilangan ayahanda tercinta.
Aku bawa bersama Opah ke rumah pakcik. Rindu nak ke rumahnya terubat juga. Seronok dapat tengok sepupu² aku bermain dgn kawan² di depan rumah. Mereka pun gembira jumpa aku dan lebih² excited bila aku bawa bersama² arnab peliharaan kami. Langsunglah kami yg bertandang ni makan malam dan santai² di sana hingga hampir tengah malam. Memang begitulah kalau dah sampai rumah my fav uncle.... 'melekat'.
Bila difikirkan semula...tak sangka hanya kerana nyamuk, aku berpeluang pergi ke rumah pakcik aku dan lepak² di sana. Hikmah kecil yg tersembunyi di sebalik serangga bergelar nyamuk. Maha suci Allah yg Menjadikan.
.
Monday, March 23, 2009
Malaysiaku Tercinta
Di samping acara kemuncak terdapat bermacam-macam aktiviti menarik seperti karnival, permainan lelayang dan paramotors. Memandangkan kami sampai awal dan acara belon udara panas hanya akan berlangsung lewat petang, sempatlah kami berjalan² menikmati keindahan kawasan sekitar dataran Pinggir Tasik. Mercu tanda dataran ini yang cukup dibanggakan ialah Monumen Alaf Baru @ Millenium Monument ternyata begitu menarik untuk dihargai.

Platform monumen ini dipagari kaca yang diterap dengan rakaman peristiwa, tarikh dan gambar tentang sejarah Malaysia sejak dari zaman pemerintahan Melaka, kemajuan teknologi, pengankutan dan sebagainya. Kisah² kejayaan para pemimpin dan negara dipaparkan agar masyarakat terutamanya generasi muda seperti aku mampu menghayati dan menghargai tanah air tercintai ini dan merasa bangga dengan apa yg kita miliki.

Tidak dinafikan ia mampu menyuntik suatu rasa kecintaan yang baru dalam diri anak bangsa.
Selesai menikmati pemandangan di sekitar monumen, kami berkelah untuk makan tengah hari di salah satu lokasi duduk banyak terdapat sekitar dataran tersebut. Alhamdulillah terdapat kemudahan tandas OKU dan surau yang cukup selesa dan mesra pengunjung. Untuk menghabiskan masa² yg tersisa kami bergerak menaiki kenderaan ke taman-taman yg dibina khusus di sekitar Putrajaya. Antaranya, Taman Warisan Pertanian, Taman Botani, Taman Wetland dan beberapa buah taman lagi.
Jam 6.00 pm. Ratusan pengunjung mula membanjiri Pinggiran Tasik. Segenap lapisan umur berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan belon udara panas yg dijanjikan. Gas pada setiap belon mula dinyalakan untuk memanaskan udara di dalam belon dan menerbangkannya. Syukur kami turut berkesempatan menikmati keindahan dan keghairahan acara kemuncak festival ini.
Saturday, February 28, 2009
Mata Hati...... Renungkan lagi
Tuesday, January 27, 2009
Mahalnya sebuah kemaafan....
Kisah dibawah saya petik dari blog Lily Haslina Nasir.
Kisah yang sangat menghayat hati.Alangkah bagusnya jika kita sentiasa redha atas ketentuan tuhan.Selepas membaca cerita ini marilah kita berfikir sejenak...erti sebuah kemaafan.
Maghrib itu saya baru saja sampai di pagar rumah. Pulang dari pejabat saya harus berkejar utk menghadap anak-anak jiran yg belajar di rumah saya. Waktu itu dalam kepala cuma fikir nak cepat siapkan hidangan makan malam dan bersolat. Suami dapat panggilan telefon. Agak lama dia berbual dan mukanya serius.
"Pak Cik Ali meninggal dunia."
"Hah?! Innallillah..." Saya macam termangu-mangu sekejap. Janji ALLAH memang tak akan cepat sesaat tidak juga lewat barang seminit. Tapi, setahu kami pak Ali tak pernah sakit. Sentiasa sihat dan rajin berkebun.
Saya terbayang isteri pak cik Ali yg saya kenal sejak saya kecil. Baik, lembut dan amat cekap memasak. Saya terkenang kisah zmn saya masih di bangku sekolah. Saya selalu rasa kagum, cemburu dan dalam hati selalu menyebut, "Beruntungnya keluarga dan anak-anak pak cik Ali !"
Petang-petang pak cik Ali akan lepak, bergurau sambil memetik dan makan jambu air di bawah pangkin depan rumah. Di mata kasar saya, itulah keluarga ideal! Saya dan adik-adik selalu envy dengan pak cik Ali. Dan, kami katakan bertuahnya mak cik Yam dpt suami begitu. Beruntung anak-anak dapat abah yg penyayang. Sementelah laluan hidup kami sewaktu kecil penuh kerikil dan air mata.
Tapi kuasa dan rencana ALLAH melebih segala-galanya. Apa yg kita ada hari ini, tak akan kekal sampai bila-bila. Kalau ALLAH mengkehendaki ia berubah, maka berubahlah ia. Apa yg saya tahu pak cik Ali bernikah lagi pada awal tahun lalu. Segala-galanya hanya diketahui Mak Cik Yam kira-kira dua bulan sebelum Pak Cik Ali meninggal dunia.
Khabarnya Mak Cik Yam memang patah hati bila tahu Pak Cik Ali menikahi janda berusia 63 tahun yang sebaya Mak Cik Yam. Sepanjang tempoh itu, Mak Cik Yam bawa diri dan duduk bersama anak-anak. Saya tak mahu pertikaikan jodoh baru Pak Cik Ali. Itu sudah tersurat. Segala yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin ALLAH. Tapi saya tumpang sedih bila Pak Cik Ali tiba-tiba admitted dan disahkan menghidap brain tumor.
Semuanya berlaku terlalu pantas. Sehari selepas disahkan ada brain tumor, pak cik Ali diusung ke ICU dan esoknya meninggal dunia. Anak yg sekadar dua orang tidak sempat menghilangkan marah di hati. Luka perasaan Mak Yam saya rasa berganda-ganda. Setelah dua bulan berpisah dik membawa hati, Mak Yam benar-benar hilang Pak Cik Ali.
Ya ALLAH, saya yg kenal mereka sejak kecil rasa terkilan dgn segala yg terjadi. Satu keluarga bahagia berpisah dunia akhirat dengan penyudah yg begini. Masing-masing ada rasa sebal, terkilan dan sayu yg tak terkata. Lebih menguji lagi bila anak perempuan Pak ALi yg paling marah dan tidak mahu maafkan abahnya yg bernikah lagi, tidak dapat pulang waktu hari kematian itu. Seluruh keluarga menghidap denggi.
Besarnya dugaan! Saya fikir ALLAH memberi apa yg kita pinta biarpun di dalam hati. Saya tahu anak perempuannya itu memang teramat 'benci' dan 'tidak mahu pandang' lagi muka abahnya sebelum ini dik abahnya bernikah lagi. Maha Besar ALLAH, sehinggalah di saat abahnya meninggalkan dunia fana ini, ALLAH 'mengkabulkan' permintaannya itu.
Byk benda yg buat saya terfikir. Saya terbayang betapa hancurnya hati Mak Yam. Saya terkenang betapa terkilannya hati seorang anak perempuan yg tak boleh menghadap jenazah abahnya. Saya tertanya-tanya mengapalah kebahagiaan itu tak boleh kekal dan jadi milik seseorang sehingga sudah... ya ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENGETAHUI
Kisah ini turut menyentuh hatiku.
Aku pernah mengharapkan kemaafan dari seseorang buat insan yg amat aku sayangi. Namun dia pergi terlalu cepat, tak terduga. Setelah itu Syawal tiba dan aku sekali lagi menghulurkan harapan kemaafan kepada insan yg sama namun tetap tiada balasan.
Benarkah begitu dingin dan keras hatinya. Betapa sebuah pemergian masih belum cukupkah untuk membangkitkan rasa keinsafan?
Usia hanya pinjaman. Keluarga, saudara dan harta benda hanya titipan. Namun bagaimana kamu 'melayani' semua itu; sama ada dengan kebaikan atau sebaliknya? Itulah yg akan menjadi ukuran di hari kemudian.
Moga Dia memeliharaku. Moga Dia memelihara kita hamba-hambanya dari dizalimi dan menzalimi. Amin Ya Rabb.
.
Renungan akal......
Mencari KeredhaanNya. Aku tersentuh dgn ungkapan ini lantaran merenung kepada hubungan persaudaraan yg cuba ku bina kembali. Suatu tempoh yg terlalu lama telah menambahburuk dan menghambarkan usahaku. Aku bertanya sendiri, "Untuk apa? Untuk apa aku bersusah payah?". Benarkah niatku? Kerana Allah atau hanya kerana keinginanku sendiri?
Manusia dituntut beramal makruf. Allah memuji hambaNya yg berbuat kebaikan. Allah mengasihi hambaNya yg berusaha memelihara hubungan sesama manusia lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan persaudaraan sesama Islam. ....."Tiada yg lebih mulia di kalangan kamu melainkan kamu memuliakan saudaramu sendiri; menjaga dan berbuat baik kepada mereka."
Menilai kembali tindakan ku ini aku merasakan aku berada dijalan yg benar. Ironinya kerana tidak sedikit pun aku merasa takut atau gentar untuk memulakan langkah pertama ke arahnya baru-baru ini. Keyakinanku hanya satu - inilah yg Allah inginkan.
Kerana Allah. Dan tentunya segala nikmat dan ganjaran akan datang satu persatu. Teringat aku semasa aku masih menuntut suatu ketika dulu. Aku begitu terkesan dgn sub-topik 'Islamic Ethics' yg akhirnya membuka suatu rangkuman yg besar dan luas mengupas kefahaman berkaitan 'Hablum minallah wa Hablum minannas'. Hubungan dengan Allah swt dan hubungan dengan sesama manusia. Keimanan adalah kunci kepada segala usaha dan tindakan manakala ketaqwaan adalah tali yg mengikat insan kepada tuhannya dan kepada sesama hamba di muka bumi ini.
Aku menaruh harapan yg besar. Moga Allah mengaugerahkan lanjutan usia dan kesihatan untuk aku menggenggam kejayaan. Moga Allah mengurniakan kebijaksanaan dan kesabaran dalam setiap langkahku.
Aku yakin akan kekuasaanNya. Everything will fall right into places. For that, only time time will tell. InsyaAllah.
.
.
Tuesday, February 3, 2009
....melati
Bunganya lambang keindahan,
namanya mencetus persaudaraan...
.
Sunday, January 25, 2009
...sebelum KAMU DI DEPAN

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
.