Wednesday, December 17, 2008

Memori Perjalanan Mewarnai Zulhijjah 2

Hari yang sibuk. 9 Zulhijjah. Rata-rata sejak awal pagi umat Islam sibuk membuat persediaan untuk menyambut Aidil Adha esok hari. Opah juga sibuk hendak memenuhi keinginannya - makan lemang. Pucuk dicita, ulam mendatang. Begitulah diibaratkan bila kami sekeluarga beraya di kampung. Opah cukup yakin dengan kebolehan adik-adikku untuk membantunya mengisi dan membakar lemang. Kata opah, "pakar" lemang. Bukannya anak cucu yang lain tak pakar. Cuma pada hari raya fitrah yang lalu lemang opah tak menjadi. Atas bermacam-macam sebab mungkin tetapi ringkasnya tak ada rezeki. Berbalik kepada giliran kami; adik kembarku diberi kepercayaan untuk mengalas buluh dgn daun pisang dan mengisi pulut serta santannya. Bagi cucu-cucu lelakinya pula diberikan tugas membakar lemang dan mengawal api hingga selesai.

Di kala umat Islam seluruh dunia turut membuat persiapan untuk menyambut Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban esoknya, jutaan umat Islam lainnya juga sedang berhadapan dengan sebuah pengorbanan dan perjuangan yang besar. Mereka mengorbankan segala keegoan, kerakusan, kejahilan dan kelemahan diri. Biar dibakar terik mentari, ditampar hawa panas membara dan ditekan kesesakan. Namun tiada yang lebih manis dari sebuah pengorbanan demi mencari keinsafan dan keredhaannNya. Dengan kesabaran dan istiqomah umat Islam melaksanakan rukun haji yang ke dua. Perhimpunan agung yang menguburkan segala darjat dan perbezaan. Wukuf di Arafah.

Ia mengingatkanku kembali kepada ceramah Ust. Ismail Kamus yang pernah kudengar lama dulu. Ihram dan perhimpunan agung. Aku ringkaskan saja di sini tentang intipati ihram iaitu berniat dan berpakaian Ihram. Berpakaian ihram secara fizikalnya; sekadar kain putih menutupi tubuh. Seumpama sekujur jasad yang telah ditinggalkan rohnya kerana dijemput Allah swt. Tiada apa yang dibawa bersama ke alam 'sana'. Hanya sehelai kain putih. Segala darjat dan kebendaan terlucut dengan sendirinya dan tidak bererti lagi. Gugur jua segala hak dan tuntutan duniawi.

Perhimpunan agung; perhimpunan lautan manusia yang penuh sesak di padang luas yang kering dan tandus. Mentari bahang membakar keringat. Seumpama perhimpunan agung di Padang Mahsyar. Setiap manusia dibangkitkan semula untuk menghadapi perhitungan. Jalan ke syurga atau neraka? Itulah hasil semaian amal manusia di dunia. Masya Allah. Ilmu itu mengajarku betapa besar pengertian amal sebaik sahaja seorang insan mengenakan pakaian ihram dan melangkah untuk melaksanakan ibadatnya.


Lemang, nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam dan sedikit kuih-muih. Juadah raya. Hanya menanti fajar Aidil Adha menjelma esok hari. Jauh berbeza suasana kali ini. Kebiasaannya ayahku akan mengalunkan takbir, tasbih dan tahmid. Lalu kami akan menuruti langkahnya. Kini hanya tinggal kami melakukannya sendiri-sendiri. Allah maha Pengasih.


Azan subuh 10 Zulhijjah. Dalam kesibukan kami hendak mendirikan solat subuh dan bersiap-siap untuk solat Aidil Adha kami didatangi khabar duka. Tok Ali yang emak ziarahi di hospital semalam telah dijemput yang maha Esa. Usai solat sunat Aidil Adha, sebahagian dari kami pergi menziarahi keluarga arwah dan memberi penghormatan terakhir kepadanya di Ipoh. Al - Fatihah.

Arwah Tok Ali dan isteri mempunyai ikatan kekuargaan yang begitu akrab dan istimewa sekali di hati emak dan arwah ayahku. Merekalah waris di sebelah emak yang mengiringi rombongan perkahwinan pihak perempuan semasa ayah dan emakku diijabkabulkan 31 tahun yang lalu. Uniknya nama pasangan ini juga kebetulan sama dengan nama mertua emakku iaitu Ali dan Nya. Emak begitu menghargai mereka kerana nilai memori yang begitu nostalgia di hari bersejarah itu. (Aku teringin hendak melihat rupa kedua pasangan arwah Tok Ali dan Nya ini tapi orang dulu-dulu... tak hobi nak bergambar)

Lewat tengahari Atok Z menghantar daging korban. Anaknya membuat korban seekor lembu tahun ini. Alhamdulillah. Mudah-mudahan bertambah murah rezeki Uncle M sekeluarga. Sayangnya tidak ada sesiapa yang menolong mereka melapah dan mengagih-agihkan daging korban tersebut. Hanya mereka sekeluarga yang berpenat-lelah. Apakan daya. Kami yang ada pun sibuk dengan upacara pengkebumian. Mungkin inilah sebenar-benarnya pengorbanan. Bukan sahaja wang ringgit tetapi tenaga dan keringat yang dicurahkan sehabis mungkin dalam melaksanakannya. Hujan renyai-renyai turun dari gelincir matahari hingga mendaki senja juga membawa rahmat. Mendamai dan mengharumkan alam. Aku? Aku sempat mencuri masa mengabadikan suatu keunikan ke atas sekeping lembaran kertas.

Tiada yang lebih meriah dan menyeronokkan selain berkumpul beramai-ramai. Pakcik makcik dan sepupu dari dua buah keluarga turut balik ke kampung. Penambah rencah kehidupan. Makan malam istimewa, mee sup tulang! Selain hiruk pikuk dengan jamuan selera ada juga jamuan mata untuk menghabiskan malam. Hidangan 'tv'.

P/S: Sempatlah juga saling berziarah ke rumah AtokZ.

.

Monday, December 15, 2008

Memori Perjalanan Mewarnai Zulhijjah 1

Zulhijjah hadir dalam suasana yang berbeza bagi aku sekeluarga. Berbeza kerana seperti juga Ramadhan dan Syawal, kami menerima kehadirannya tanpa ayahanda tercinta. Bererti tiadalah rasa teruja kami untuk bekejar ke masjid apabila tiba waktu menyembelih haiwan-haiwan korban seperti tahun-tahun sebelumnya bersama arwah ayah.

Tanpa merancang kami sekeluarga bertolak ke Perak untuk menyambut hari raya korban di kampung atas cadangan emak. Tentunya Opah sangat gembira dan terharu. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui bahawa kami akan tinggal di kampung selama hampir seminggu. Pasti meriah dan terkuburlah segala kesunyian dan kesepian di rumahnya itu. Lalu dua hari sebelum 10 Zulhijjah kami sekeluarga memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung di Batu Gajah ketika hampir gelincir matahari.

Perjalanan kami lancar walau pun terdapat banyak kenderaan di jalan raya menuju ke destinasi masing-masing. Di sepanjang perjalanan aku tertarik untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang sekian lama kurindui. Di sepanjang pinggir jalan yang kebanyakannya ditumbuhi pohon renek, aku tertarik kepada sejenis tumbuhan orkid yang tumbuh meliar. Tidak seperti lazimnya, kali ini ia tumbuh dengan begitu subur dan berkembang mekar serta menjangkau lebih banyak tempat di pinggir lebuh raya. Subhanallah. Syukur atas nikmat alam yang jarang-jarang aku perolehi.

Suatu ketika kami melewati ladang kelapa sawit. Aku tertarik dengan sebuah kawasan berbukit di situ yang gondol tetapi siap berteres. Pastinya baru disiapkan untuk penanaman anak sawit. Terdapat sebuah lembah di situ yang tidak diusahakan dan hanya tinggal pohon-pohon mati. Ada di antara pohon-pohon itu yang batang dan dahannya diliputi tumbuhan menjalar dan memanjat hingga tidak kelihatan langsung pohon tumpangnya. Unik. Ia umpama lembah subur yang ditumbuhi puing-puing hijau. Nyata Tuhan begitu pemurah lalu mencipta keindahan yang sederhana namun cukup menarik ini.

Berhenti sebentar - R & R Tapah. Hujan renyai-renyai masih berlarutan. R & R Tapah sesak dengan kenderaan persendirian, bas perlancongan dan sebagainya. Kami sekeluarga juga turut mencari tempat berhenti untuk solat jamak dan makan tengahari yang nyata telah lewat pada waktu lebih kurang jam 3 petang. Dingin. Nyaman. Titisan gerimis hujan diredah dalam berlari-lari anak. Rata-rata kami dan sekalian manusia yang hadir di situ ingin menyegarkan badan dan melepaskan lelah sementara. Alhamdulillah. Selesai solat nasi lemak panas menjadi santapan kami sekeluarga. Sungguh enak. Kami memuji-muji kesedapannya. Aku percaya keikhlasan dan sedikit rasa keimanan menjadi rencah terbaik bagi juadah ini.

Meninggalkan R & R dan meneruskan perjalanan aku tidak pernah lupa pada air terjun Lata Kinjang. Di suatu sudut lebuh raya itu sesiapa sahaja pasti berpeluang melihatnya mengalir deras walau hakikatnya begitu jauh. Aku selalu membayangkan betapa indahnya andai aku berpeluang menikmati kedinginan airnya dalam dakapan kedamaian alam yang subur dan menghijau dalam jajaran Titiwangsa itu. Aku begitu mengimpikannya. Kerana itu pemandangan melintasi Lata Kinjang sentiasa indah di mataku. Ia menyingkap tabir rindu pada suatu keinginan.

Lebuh raya diapit bukit-bukau yang gah berdiri di kiri kanan. Subur. Hijau. Jajaran Titiwangsa dilitupi pepohon kanopi yang disegarkan oleh suasana cuaca yang lembab dan hawa yang sederhana. Pemandangan ini adalah gerbang kepada daya tarikan seterusnya. Gua Tempurung. Aku digamit keasyikan setiap kali melalui laluan ini. Gua batu kapur yang tercipta sejak ratusan tahun dahulu dan kini memukau mata insan sepertiku. Banjaran Titiwangsa kelihatan berlapis-lapis di kejauhan dan damai diselimuti awan. Nyata tuhan maha Agung, maha Pencipta.

Akhirnya, Batu Gajah. Rasa girang dalam suasana dingin ketika itu menggamit keinginan kami untuk mengintai juadah minum petang. Medan selera berhampiran pasar basah Batu Gajah menghentikan langkah kami sementara. Char Kuay (kuih kocok - panggilan penduduk melayu tempatan), pisang dan keledek goreng panassss! Belum pun sampai ke rumah Opah, dah 'laris'...hihii.. Alhmdulillah. Buah tangan utk Opah dan pakcik juga.

Memijakkan kaki di halaman rumah Opah - tiada yang lebih indah dari melihat wajah Opah tersayang di samping menikmati kedamaian suasana kampung.

.

Thursday, September 11, 2008

Kembali Kepangkuan-Nya

Al-Fatihah

06.09.2008 - Ayahku kembali menghadap Allah pada jam 5.58 am dengan dikelilingi emak dan ke enam-enam orang anaknya (kecuali aku) di Hospital Seri Kota, Klang kerana penyakit leukimia.

Kepada saudara-mara, sahabat2 dan sesiapa sahaja yang mengenali arwah Hj. Mohd Zan bin Ali, saya sebagai anak, mewakil keluarga memohon sekiranya ada salah, silap dan keterlanjuran arwah semasa hayatnya agar dapat dimaafkan, serta segala yang termakan dan terminum harap dapat dihalalkan. Terima kasih. Al-Fatihah. ~ Lissa Mohd Zan.



.

Tuesday, June 17, 2008

Umpama Musim Bunga

Sesuatu yg aku hargai - musim bunga.

Biasanya aku suka melayari web galeri fotografi tentang alam semulajadi dan keindahan empat musimnya. It makes me feel like I'm embracing the beauty of the seasons, the smell of the leaves and the fragrance of the flowers. Or at least it keeps me reminded that nature is a gift from God Almighty and He is the Sustainer of all.

Aku pencinta cherry blossom @ sakura. Bagi aku bunganya terlalu unik. Kaya dengan kehalusan dan keindahan yang tak terucap dgn kata². Kerana itu aku tidak pernah jemu melayari www utk menikmati keindahannya terutama di negara matahari terbit. Bagi mereka ia suatu kebanggaan dan musim bunga amat dinantikan kerana keindahan kuntuman sakura akan menjadi santapan minda dan penawar rohani bagi setiap mata yg melihat dan menikmatinya.

Dari Jepun aku mengenali sakura, di daerah tempat tinggalku ini pula aku mengenali sejenis pohon berbunga yg ciri²nya mirip sakura. Pihak berkuasa tempatan menanamnya di bahagaian tertentu jalan utama kawasan ini. Pohon ini terdiri daripada dua spesis ; berbunga merah jambu dan berbunga putih. Biasanya di antara bulan Mei - Jun ia akan berbunga dengan begitu lebat dan rimbun hingga hampir menenggelamkan hijau dedaunnya. Saban hari bebunga yg layu akan keguguran ditiup angin dan melatai jalan umpama permaidani. Indahnya. Umpama musim bunga.

Dulu aku enjoy musim bunga begini tapi sejak dah sambung atap rumah, aku tak dapat melihat keindahan itu lagi. Cintaku telah dirampas...huhu!

PS: How I wish that I am a professional photographer!

.

Monday, June 9, 2008

Home Sweet Home

Akhirnya.... dapat sentuh pc!

Dah hampir seminggu keluar dari wad tapi badan masih sakit-sakit lagi. Aku masih dalam tempoh bercuti sehingga badan aku betul² pulih dan selesa untuk bertugas seperti biasa. Rindu pada anak² didikku; mereka juga dah ramai yg tertanya². Lebih² lagi bila cuti sekolah dah berakhir.

InsyaAllah... as soon as everything turns normal.

.

Monday, May 19, 2008

Hari Guru

Sudah beberapa hari sambutan hari guru berlalu namun aku masih menerima perhargaan kecil dari anak2 didikku. Ada yang menghadiahkan kuih-muih dari bu mereka, ada yang menghadiahkan ucapan... malahan ada yg kebuntuan hingga ingin menghadiahkan wang saku sekolahnya. Of course, aku tolak... Cukuplah keikhlasan mereka mengingatinya. Aku hargai.

Namun di semua itu ada sebuah penghargaan yg menarik dan melucukan. Aku dihadiahkan bunga sabun yg diukir menjadi sekuntum mawar oleh dua orang pelajar cilik. Dibalut rapi, di sisi bunga itu diselitkan sekeping kertas ucapan yg berbunyi, " Kepada: W & H"........ Daripada: Cikgu *Mawar....... "Selamat Hari Guru".......... Aku ketawa sendirian membacanya.

*Walau pun kecil, mereka menghargai....walau melucukan, mereka memberi dgn keikhlasan. Itu yg paling penting.
.
.

Monday, May 5, 2008

A Glance At Our Angkasawan


We see him everywhere, we hear about him all the time - he is our nation's hero. So, I got this book for my family. It's a good read to share with our young dreamers. Check it out!

.

Wednesday, April 2, 2008

Life writes....

Life is not always as colorful as the rainbow and most times these colors paint different shades of life's unpredictable journeys.

I saw a different shade yesterday. Portraying sadness, hurt and disappointment. I was "interrogating" one of my pupil, S upon his frequent absence and lack of concentration in class recently. His parents were getting a divorce. I was shock to know that this child was actually facing such a big challenge. He always had a smile on his face and made others thought he was just like everyone else.

His best friend tried to hide his tears upon knowing it. I found it hard and scary to imagine how it felt like "losing" part of our life, our strength - how shattering this could be.

Knowing S within this short period of time draws a blurry picture in my mind of expecting a big success on his UPSR results. It is a set back too much to be bared for a boy like him who is likely to choose to just stay put than to fight for his future.

.

Monday, February 25, 2008

Kidung Bumi





Lirik Kidung Bumi

Yang kelabu
Hening telaga biru
Berubah menjadi ungu senja

Tak terkikis batu hitam kelam
Di atas tegak tebing yang bersahaja

Semburat warna-warni cakerawala
Adalah lukisan terindah
Rindu air pada muara
Setelah lelah berliku

Chorus
Kepada ya embun-embun pagi
dan kabut malam hari berdoa
Memohonkan ampun bagi siapa saja
dan bersimpuh lantunkan rasa
Hidup padaNya

yang setia cahaya nan agung
Menebar picar hangati maya pada
Belai angin pada dedaunan
Ingatkan kembang untuk tetap merekah

Manjakan penghuni perebut karunia
patuhi titahNya Sang Perkasa
Rangkuli kicau jagat raya
Sampai masa tak berdegup

Tak pernah bumi ini mengadu
Walau terinjak bertapak
Namun tetap tumbuh
Gembita puja-puji semesta
Selaraskan pengakuan
Pada DIA Yang ESA

Ulang Chorus


Wednesday, February 20, 2008

It's A Big Big World

It's a Big Big World. Tanpa dirancang sudah dua kali aku menonton program tv ini di tv2. Ia sebuah program tv untuk kanak-kanak yang begitu menarik, kreatif dan bersifat ilmiah.

Aku tertarik pada objektif program ini. Jelas ia bertujuan memberi pendedahan kepada kanak² tentang kewujudan pelbagai fauna dan flora, dan betapa pentingnya utk ia dilindungi, dipelihara dan paling utama DICINTAI. Setiap kali ada program seumpamanya disiarkan di tv itulah yg kucari - sejauh mana ia ilmiah dan berjaya mencapai matlamatnya.

Latarbelakang, watak, skrip dan cara penyampaian menjadi kekuatan kepada intipati It's a Big Big World. Aku kagumi kreativiti dan kesungguhan mereka yang terlibat dalam penerbitan program ini. Kepelbagaian cabang seni dan maklumat telah berjaya menghidupkan watak² dan 'persekitaran' yang bersifat "2-in-1" - semulajadi dan imaginasi dalam satu tema. Tak dinafikan sokongan sumber ilmu dan kewangan menjadi kunci utama dalam menghasilkan sesuatu yg berkualiti sepertinya.

Kenapa aku tabik program ni? Kerana urusanku saban hari berkisar tentang pendidikan kanak-kanak yang majoritinya berumur sekitar 5-8 tahun. Tv menjadi rakan karib ke dua bagi mereka. Apa yg "dihidangkan" akan menjadi input kekal pengisian minda kanak² ini. Oleh itu, PILIHLAH... kerana persekitaran akan menjadi "guru" mereka.


**Bila anak Malaysia boleh menghasilkan program yg sebaik itu?




Tuesday, February 19, 2008

Sayang Padaku

Duka derita duka laraku didunia
Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi
Sesal kita apapun yang kurasakan dalam hidupku
Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku

Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih juga tak akan aku mengemis
Ketidak adilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya

Asalkan kerna itu
Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendak-Nya
Menjadi syurga bagi cintaku

Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah tuhanku yang kutakuti
Ada tiadaku semata-mata milik-Nya jua

lagu sayang padaku nie memang best. suara penyanyinya seperti suara aishah. lagu ini juga merupakan lagu tema untuk slot Dilema Wanita di TV1. lagu oleh kumpulan dari Indonesia iaitu kiyai kanjeng. penyanyinya novia kolopaking.



* gambar disalin dari Blog Nizam Zakaria

Siapa itu Kiyai Kanjeng?
Mungkin ramai orang tidak begitu mengenali Kiyai Kanjeng. Kumpulan ini begitu popular sekali di Indonesia kerana menyanyikan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan.

Kiyai Kanjeng merupakan sebuah kumpulan gamelan terkenal yang diketuai oleh Ustaz Kanjeng dari Indonesia. Kumpulan ini dianggotai oleh Emha Ainun Nadjib alias Cak Nun, Kiai Kanjeng, Ananto Wibowo dan pelakon dan penyanyi Novia Kolopaking, yang juga isteri Cak Nun.

Kejayaan muzik Kiyai Kanjeng sudah sampai ke kota London dan kumpulan ini juga pernah membuat persembahan di hadapan Yusof Islam. Keistimewaan kumpulan ini ialah mereka berdakwah melalui muzik yang melankolik dan mengasyikkan.

Keindahan sajak-sajak tulisannya begitu puitis dan mesej yang ingin disampaikan berbentuk zikir dan peringatan. Kadang kala, ianya diselangi pula dengan bait-bait puisi berbentuk nasihat agama.

Tiga buah lirik dan lagu ciptaan Kiyai Kanjeng telah berkemundang di persembahan hebat Konsert Nur baru-baru ini seperti Zikir Cina, Ilir-ilir dan Sayangi Daku. Kesemua lagu kumpulan ini sarat dengan mesej yang mendalam.

Pengarah muzik Yazid bagaikan sudah kenal jiwa lagu-lagu ini apabila dia menggubah lagu-lagu ini dengan iringan muzik tradisonal dan gabungan gitar, seruling dan drum seperti yang dilakukan oleh Kiyai Kanjeng sendiri.


Sebuah lagu yg saya minati.
http://kroni.biz/nordin/blog/view.php?id=311
petikan disalin dari web mstar.com.my

Sunday, February 17, 2008

Bon Voyage!

My bro has landed safely in Bali; a study trip. My prayers for him and his classmates. He's the first among us (children) to have got a chance for such trip abroad. Alhamdulillah - proud of him.

AJ will be leaving for Kuching tomorrow; 8:30 am. Kamus hidupnya akan membuka lembaran baru di daerah asing yang bakal dicintai. Moga ia akan diwarnai dengan coretan kehidupan yang tidak melunturkan jati diri AJ yang aku kenali. Kuiringi doa dan ingatan berpanjangan buatnya; semoga selamat, tercapai cita-cita dan berjaya di perantauan serta silaturrahim ini berkekalan dengan izinNya.



Wednesday, February 13, 2008

Defining beauty

By TAN LING SUAN


THERE’S beauty everywhere. You see it in the sunset, in a cosy garden, in a tasteful design, in a sweet smile. One may be fortunate enough to experience beautiful friendships and have a hoard of beautiful memories. Some are distracted by beauty queens, beauty salons, beauty and the beast, and affirm that black is beautiful. Some are not happy with how they look, so they achieve some self-confidence through a facelift, breast enhancement or plastic surgery elsewhere to appear more “beautiful”.


I enjoyed the story on a website about a man who was planning to meet his Internet pal after a few years of e-mailing each other. They decided to wear a rose each so that he would recognise her when she alighted from the train she would be taking to his town. When the train arrived, the young man eagerly looked for the rose, and he found it ... on an old woman’s jacket. He identified himself to her and she did so likewise. Hiding his disappointment, he gallantly gave her his arm to escort her to lunch.


As they walked away, the old woman handed him the red rose and told him to give it to the beautiful young lady behind her. She said the young lady had requested that she wore it, and that if he walked with her and not away from her, she would be pleased to be introduced to him! Here was a woman who was more concerned about meeting a man who was nice to everyone and not only to beautiful women. That was the beautiful quality she was looking for in him.


Many years ago at a social gathering, I overheard a middle-aged man saying, “She has a beautiful face”. I looked in the direction he was facing and saw that he was referring to an elderly friend of mine. I was momentarily surprised that my good-natured friend with her wrinkles and hardly any make-up was considered beautiful.

Could it be that the suffering she endured in the earlier years of her marriage have added character to her face? Yes, an old face can appear beautiful, too. In fact, some photographers and artists have been known to single out old “interesting” faces that result in beautiful shots or paintings.


Of course, I have come across people who worry all the time and it never reflects in their faces. There are people who look sweet enough and yet when they open their mouths, their rough tone or language can make you want to keep your distance. So I have given up concluding that all sweet, calm exteriors guarantee a cool, calm interior.


I have met lively L-sized folk, uneducated old folk, physically disabled ones and people going through hard times, who provide “beautiful” company. It is the positive attitude they have which brightens the day, for themselves and for others around them.


I have never forgotten an incident during my younger days, while browsing in a textile shop in Malacca. The salesman attending to me showed me a new arrival. I exclaimed that it was gaudy and it triggered an admonition, “All colours are beautiful”.


Indeed, since then, I have tried to remind myself to refrain from reacting too fast to other people’s taste – for what is not beautiful to me could be beautiful to them. So very often when I go shopping with someone and I am asked for my opinion, I’d say, “If you like it enough, take it” even if I am not that keen on it. Hey, I cannot imagine matching green with pink in my d├ęcor or in my dressing, but it has been trendy for some.


Beauty, in the physical sense, is in “the eyes of the beholder”. Elsewhere, it may be hard to define as we are all so different. However, it can be easily felt when one hears something well-expressed in words (but you young people should be careful over “sweet nothings”) or see a kind act from someone.


Here’s sharing a witty quote from Ninon de l’Enclos, a French woman writer from the 17th century: “That which is striking and beautiful is not always good, but that which is good is always beautiful.”



Monday, February 11, 2008

Eye On Malaysia

Di perkarangan Eye On Malaysia. 10.02.08



Di dalam salah sebuah gondola E.O.M.


Dari empat hari cuti umum CNY, aku mengambil hari terakhirnya untuk berehat.Tiada yang lebih baik melainkan mengisi masa cuti sebegini bersama keluarga tersayang. Oleh itu, tanpa merancang kami sekeluarga telah pergi ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk menaiki Eye On Malaysia.

Pada mulanya aku khuatir dan takut juga untuk menaikinya tetapi apabila mengenangkan menaiki kapal terbang kedudukannya jauh lebih tinggi dari ini, tiada apa yang perlu ditakuti.

Oleh kerana keluarga kami besar, kami menaiki dua buah gondola. Setiap penumpang akan diawasi oleh staff EOM ketika menaiki dan menuruninya. Bagi pelancong OKU seperti aku pula, sedikit 'adjustment' diperlukan untuk membolehkan kerusi rodaku menaiki gondola tersebut dan semuanya dilakukan oleh staff EOM yang terlatih. Selepas kesemua gondola dipenuhi penumpang ferris wheel itu akan membuat putaran lengkap.

Tidak ada perasaan takut ketika menaikinya, cuma apabila semakin tinggi dan mencapai puncak terasa agak gerun bila memandang ke bawah. Namun dari atas kami berpeluang melihat sekeliling yang begitu menarik, kerdil dan saujana mata memandang. Di satu sudut KLCC, KL Tower dan Istana Budaya menjadi sebuah pemandangan yang begitu membanggakan.

Indah dan uniknya pengalaman ini. Ketika berada tinggi di puncak pusingan ferris wheel, segala yang di bawah kelihatan terlalu kerdil dan jauh dari gapaian. Sejenak aku merasakan andai insan terlalu lama berada di puncak, dia akan merasa kehilangan dan sesat tatkala memijakkan kaki ke bumi; dia akan kehilangan jati diri dan jejak yang hakiki. Nyata berada di puncak tidak selamanya menjanjikan syurga kerana setiap yang mengisi alam semesta ini ada tempoh dan waktunya serta tidak akan pernah kekal abadi. Kerana itu, KESEDERHANAAN adalah kunci segala sesuatu.

Syukur alhamdulillah atas pengalaman ini. Izinkan aku akhiri kalam hari ini dengan secebis pesanan ulama buat diriku sendiri dan para tetamu halamanku ini.


“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,

sampai kamu masuk ke dalam kubur.

Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,

niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, dan sesungguhnya

kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainulyaqin,

kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang

kamu megah-megahkan di dunia itu).”(Surah at-Takatsur [102]:1-8)


Hamka ketika mengakhiri penafsirannya tentang surah ini memperingatkan; “Segala kepuasan duniawi adalah nikmat, semuanya akan ditanyakan. ALLAH akan menanyakan kepada hamba-NYA bagaimana dia memakai nikmatNYA dan bagaimana dia membayarkan haknya. Sebab itu hati-hatilah kita mensyukuri segala nikmat ALLAH dan janganlah lupa kepada yang menganugerahkan nikmat, kerana dipesona oleh nikmat itu sendiri.”



Thursday, January 31, 2008

Hikmah SUJUD

  1. Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
  2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
  3. Bernafas ketika sujud akan membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  4. Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
  5. Melegakan sakit hernia.
  6. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  7. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
  8. Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
  9. Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
  10. Meringankan bahagian PELVIS.
  11. Memberi dorongan untuk mudah tidur .
  12. Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
  13. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
  14. Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
  15. Mengurangkan kegemukkan (obesity).
  16. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
  17. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  18. Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM. Kesan psikologi adalah dengan terasa rendah diri dihadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.

Wednesday, January 30, 2008

Mencari pengertian...

Alangkah baiknya andai seorang guru di hari ini boleh menjadi seperti seorang guru di zaman dahulu - kerana ilmunya, dia disegani dan cara didikannnya diterima tanpa rasa sangsi dan tidak disalahertikan.

"Kejayaan sesuatu ilmu yang baik bukan terletak pada nama dan ketinggiannya tetapi pada pengamalannya."

Friday, January 25, 2008

Cause 'n Effect

I've just finished teaching the first batch of pupils and am taking a short break. Staring outside the window, the flash of yesterday's 'encounter' strikes again.

I had a visitor; an unwelcome one. Outside the window, on our stone brick wrought iron fence, a monkey was approaching and sat there... maybe taking a short break. It gave me a chill down the spine. If it wasn't for the window grill, I would have ran away! Looking at its size and long tail, it is an adult monkey and capable of doing the unexpected. My biggest concern were the children since it might be danger to them. I wished it would find somewhere else to stay.

We have been having these kind of 'visitors' for quite some time. Since we have a lot of flower plants and some mango trees, birds have been our dearest visitor and as a bonus the abandoned land next door becomes a banana heaven to them occasionally.

For the same reason, some where in November 2007, in the darkness of the night, we heard some scratching noise outside the window. Gazing quietly through the darkness, one of us saw two black foxes were busy filling up their bellies with the riping bananas. We gathered to watch anxiously.
Upon noticing our presence, they tiptoed on our fence and disappeared. It was like another family treat for all of us to see such wilderness coming closely to our lives. Yet, it didn't end there; they have never stopped visiting.

Seeing them at such an odd place tells us that these animals are merely trying to survive. They do not belong to the human world. Development causes destruction to their habitat and it affected their natural means of survival. Thus, surviving within the 'brick jungles' is the only way out.

It is an unfair trade. When nature had to give in for some changes, these precious creatures will have to face all the lost - including their lives. But how many would be willing to give even a short glance at them?


P/S: Never be afraid to protect our nature now, for it will always protect us back in the future. It is our true treasure.

Wednesday, January 23, 2008

First Step

I'm stepping into a new world. A new world of knowledge. May this first step become the door to a beautiful journey of hope and dreams.