Saturday, February 28, 2009

Renungan akal......

Emak benar-benar terlewat ke Kuliah Subuh di masjid pagi ini. Namun dia tetap sempat mendengar sisa-sisa kuliah yg disampaikan. Kesimpulannya, pokok perbincangan berkisar tentang 'Mencari Keredhaan Allah swt'. Melakukan sesuatu kerana Allah. Inilah tunggak segala niat dan amalan. Dan tentunya bagi manusia yg memiliki fitrah mengharapkan sesuatu dari hasil usaha yg dilaksanakan, Allah juga menjanjikan syurga dan balasan nikmat yg tidak terhingga.

Mencari KeredhaanNya. Aku tersentuh dgn ungkapan ini lantaran merenung kepada hubungan persaudaraan yg cuba ku bina kembali. Suatu tempoh yg terlalu lama telah menambahburuk dan menghambarkan usahaku. Aku bertanya sendiri, "Untuk apa? Untuk apa aku bersusah payah?". Benarkah niatku? Kerana Allah atau hanya kerana keinginanku sendiri?

Manusia dituntut beramal makruf. Allah memuji hambaNya yg berbuat kebaikan. Allah mengasihi hambaNya yg berusaha memelihara hubungan sesama manusia lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan persaudaraan sesama Islam. ....."Tiada yg lebih mulia di kalangan kamu melainkan kamu memuliakan saudaramu sendiri; menjaga dan berbuat baik kepada mereka."

Menilai kembali tindakan ku ini aku merasakan aku berada dijalan yg benar. Ironinya kerana tidak sedikit pun aku merasa takut atau gentar untuk memulakan langkah pertama ke arahnya baru-baru ini. Keyakinanku hanya satu - inilah yg Allah inginkan.

Kerana Allah. Dan tentunya segala nikmat dan ganjaran akan datang satu persatu. Teringat aku semasa aku masih menuntut suatu ketika dulu. Aku begitu terkesan dgn sub-topik 'Islamic Ethics' yg akhirnya membuka suatu rangkuman yg besar dan luas mengupas kefahaman berkaitan 'Hablum minallah wa Hablum minannas'. Hubungan dengan Allah swt dan hubungan dengan sesama manusia. Keimanan adalah kunci kepada segala usaha dan tindakan manakala ketaqwaan adalah tali yg mengikat insan kepada tuhannya dan kepada sesama hamba di muka bumi ini.

Aku menaruh harapan yg besar. Moga Allah mengaugerahkan lanjutan usia dan kesihatan untuk aku menggenggam kejayaan. Moga Allah mengurniakan kebijaksanaan dan kesabaran dalam setiap langkahku.

Aku yakin akan kekuasaanNya. Everything will fall right into places. For that, only time time will tell. InsyaAllah.
.
.

No comments: