Monday, March 23, 2009

Malaysiaku Tercinta

Hari ini kerja bermula seperti biasa. Seronok. Namun ada sesuatu yg lebih menyeronokkan. Aku ingin berkongsi pengalamanku di Fiesta Belon Udara Panas pada hari Sabtu yg lalu.

Di samping acara kemuncak terdapat bermacam-macam aktiviti menarik seperti karnival, permainan lelayang dan paramotors. Memandangkan kami sampai awal dan acara belon udara panas hanya akan berlangsung lewat petang, sempatlah kami berjalan² menikmati keindahan kawasan sekitar dataran Pinggir Tasik. Mercu tanda dataran ini yang cukup dibanggakan ialah Monumen Alaf Baru @ Millenium Monument ternyata begitu menarik untuk dihargai.



Platform monumen ini dipagari kaca yang diterap dengan rakaman peristiwa, tarikh dan gambar tentang sejarah Malaysia sejak dari zaman pemerintahan Melaka, kemajuan teknologi, pengankutan dan sebagainya. Kisah² kejayaan para pemimpin dan negara dipaparkan agar masyarakat terutamanya generasi muda seperti aku mampu menghayati dan menghargai tanah air tercintai ini dan merasa bangga dengan apa yg kita miliki.





Tidak dinafikan ia mampu menyuntik suatu rasa kecintaan yang baru dalam diri anak bangsa.



Untuk info dan pemandangan selanjutnya, sila layari: http://www.kuala-lumpur-city-guide.com/kuala-lumpur-photo-gallery-millenium-monument.html

Selesai menikmati pemandangan di sekitar monumen, kami berkelah untuk makan tengah hari di salah satu lokasi duduk banyak terdapat sekitar dataran tersebut. Alhamdulillah terdapat kemudahan tandas OKU dan surau yang cukup selesa dan mesra pengunjung. Untuk menghabiskan masa² yg tersisa kami bergerak menaiki kenderaan ke taman-taman yg dibina khusus di sekitar Putrajaya. Antaranya, Taman Warisan Pertanian, Taman Botani, Taman Wetland dan beberapa buah taman lagi.

Jam 6.00 pm. Ratusan pengunjung mula membanjiri Pinggiran Tasik. Segenap lapisan umur berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan belon udara panas yg dijanjikan. Gas pada setiap belon mula dinyalakan untuk memanaskan udara di dalam belon dan menerbangkannya. Syukur kami turut berkesempatan menikmati keindahan dan keghairahan acara kemuncak festival ini.











Aku gembira kami menikmati keseronokan hari ini atas izinNya. Subhanallah walhamdulillah walaila haillallah wallahuakbar.



No comments: