Thursday, August 27, 2009

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan!

Tengahari.

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini kembali lagi. Alhamdulillah aku sekeluarga masih berkesempatan menyambut kehadirannya. Kali ini dengan sedikit rona baru dalam kehidupan harian kami. Hanya tinggal 4 org di rumah setelah adik² kembali ke kampus. Namun kali ini Opah datang bersama pakcikku untuk berpuasa dengan kami.

Sesungguhnya bulan yg penuh keberkatan ini menjanjikan rezeki yg melimpah-ruah. Tidak ketinggalan makcikku yang mula berjinak² dalam perniagaan gerai makanan, dibukakan pintu rezeki di bazar Ramadhan pula. Syukur ke hadratnya. Lantaran dari bibit² usaha berniaga inilah keluarga dan rumahku menjadi tumpuan utk sedikit "usahasama". Aku tidak menyumbang namun aku gembira melihat wajah dan langkah baru yg dicorakkan dalam kehidupan kami. Sedikit-sebanyak ia menambahkan rona keceriaan dan keriuhan dalam nada yg berbeza.

Walau panggilan Ramadhan lunak didengarkan, walau auranya mengikat jiwa pada amal dan ibadat namun Ramadhan tetap menjadi titik ternokhtahnya suatu perpisahan yg abadi. Hari ini, Khamis 06 Ramadhan 1430H, menandakan sudah setahun arwah ayah kembali ke pangkuanNya. Demi memperingati arwah kami sediakan juadah nasi dan lauk-pauk utk para jemaah yang berbuka di masjid. Manakala masing² kami anak² saling berpesan agar menghadiahkan bacaan Yasin kepada arwah kerana tidak dapat berkumpul lantaran terpisah oleh jarak. Sejuk hati kami bila mengingati hari ini yang jatuh pd bulan yg dilimpahi rahmatNya. Tiada niatku utk riak atau apa sahaja dengan coretan ini.... sekadar melakar memori terhadap arwah yg telah pergi. Moga damailah dia di sana. Al-Fatihah.

Redup, hembusan bayu dan titisan hujan silih berganti mewarnai Ramadhan 1430 kali ini. Cuaca sebegini mengendurkan sedikit kehausan dan keletihan di kala berpuasa. Hari ini Allah melimpahkan rahmatnya membasahi bumi. Jelas ia menjadi dugaan bagi mereka yg sedang berpenat lelah mencari rezeki ketika hari merangkak senja. Aku terkenangkan makcik dan rakan2 seperjuangan yg sedang menjual makanan berbuka puasa. Pasti tercabar dengan angin kencang dan hujan yang lebat. Pasti hati kecil mereka gusar menghitung untung rugi di akhir jualan nanti. Moga mereka sabar dan tetap cekal menghadapinya. Moga kita sentiasa merasa cukup dan mampu bersyukur.

.

2 comments:

PokNik said...

Terharu dengan petikan ini. Tapi, ingatlah setiap yang bernyawa PASTI akan pergi jua...Bila opah nak datang rumah kami? - PokNik, MakIna, Kakak, Angah, AbeAzam & Kimie.

mawarpagi said...

Wah...terharu dan gembiranya PokNik respond pd coretan Sa yg satu ni. Bila org komen penulisan kita...rasa ia dihargai dan berbaloi...tq, tq. "PASTI"....Ya, redha itu sukar tapi ia penawar yg terbaik bagi insan.

Ada niat di hati nak ke rumah PokNik...insyaAllah diusahakan dan didoakan ia tercapai.